Hyundai dan Apple dalam perbincangan hasilkan kereta autonomi

1169

Hyundai kini difahamkan sedang dalam perbincangan bersama Apple, dalam menghasilkan satu projek kereta autonomi yang dikenali sebagai Apple Car.

gambar hiasan

Menurut Bloomberg, Hyundai pada mulanya mengesahkan perbincangan mereka dengan Apple, namun kemudian menyatakan mereka menerima permintaan untuk bekerja dengan beberapa syarikat berbeza.

Menurut pengeluar dari Korea Selatan tersebut, mereka dan Apple dalam proses untuk menghasilkan kenderaan, dan membangunkan bateri yang boleh disertakan pada kenderaan tersebut.



Terdapat juga ura-ura mengatakan Apple Car bakal dilancarkan pada tahun 2027.

kereta autonomi apple

Tambah Bloomberg, Apple memerlukan sekurang-kurangnya setengah dekad untuk melancarkan kenderaan tersebut. Apple juga difahamkan telah menyediakan satu pasukan khas untuk membangunkan sistem pemacu, dan menghasilkan bahagian dalaman dan luaran.

Pasukan ini juga difahamkan terdiri dari beberapa jurutera berpengalaman di syarikat seperti Tesla dan BMW. Hal ini menggambarkan betapa komited Apple dalam proses menghasilkan Apple Car.

Terdapat juga laporan dari Bloomberg yang mengatakan Apple sedang giat membangunkan perisian, sensor, dan teknologi cip untuk pemanduan autonomi Apple Car. Tujuan mereka adalah untuk menghasilkan sebuah kenderaan dengan sistem autonomi sepenuhnya.

Khabar angin tentang Apple Car semakin tersebar luas sejak kebelakangan ini, dan pada tahun 2016, Car and Driverpernah melaporkan BMW juga terlibat dalam projek ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here