PKP 2.0: Aktiviti sukan permotoran dua dan empat roda dibenarkan mulai hari ini

1228

Kerajaan bersetuju membenarkan beberapa aktiviti sukan permotoran dua dan empat roda, termasuk golf dan gimnasium diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu, joging atau brisk walking, berbasikal dan senaman yang terhad kepada dua orang turut dibenarkan dengan syarat dilakukan dalam kawasan kejiranan sahaja.



Selain itu, turut dibenarkan, tenis, badminton, ping pong (acara perseorangan sahaja), aktiviti latihan kemahiran kendiri seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw boleh dilakukan secara latihan kemahiran kendiri (tanpa aktiviti bersentuhan).

Tambahan lagi, juga dibenarkan aktiviti perseorangan di gimnasium dan selain permainan golf.

“KBS (Kementerian Belia dan Sukan) juga telah mengemukakan permohonan untuk membenarkan beberapa lagi aktiviti sukan khususnya yang bersifat individu serta tanpa sentuhan bagi tujuan kecergasan diri, penjagaan kesihatan individu dan peningkatan kemahiran kendiri serta kelangsungan industri sukan negara,” katanya dalam sidang media semalam.

Selain itu, penggunaan fasiliti sukan dan rekreasi komersial hendaklah secara penjadualan atau tempahan dan walk-in tidak dibenarkan, katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here