Syahmi Sazli hadiahkan Yamaha Y15ZR untuk Yoe Parey dan Bedul

2051

Tidak dinafikan lagi, dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak dan bahagian orang lain yang perlu dikongsi. 

Begitulah yang sering dilakukan oleh YouTuber popular dan pengarah muda dikenali ramai bernama Syahmi Sazli ini.



Nama pengarah berusia 26 tahun itu meraih perhatian ramai menerusi filem sulung arahannya, ‘Mael Totey The Movie’ yang ditayangkan tahun lalu.

syahmi Y15zr

Bukan itu sahaja, ideanya mengangkat golongan istimewa menjadi pelakon utama dalam filem arahannya membuatkan ramai yang kagum anak jati Kelantan tersebut.

Terbaharu, Syahmi berbesar hati menghadiahkan dua buah motosikal Yamaha Y15ZR buat rakan-rakan istimewanya iaitu Yoe Parey dan Bedol, yang juga merupakan pelakon utama dalam karya-karya arahannya.

Perkara tersebut dikongsi menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Syahmi di laman sosial Facebook miliknya, Syahmi Sazli TV.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat Syahmi membeli dan menghantar sendiri motosikal-motosikal tersebut ke rumah Yoe dan Bedol.

Sebaik Syahmi sampai sahaja di rumah mereka, jelas terpancar kegembiraan di wajah kedua-dua insan istimewa berkenaan selepas melihat kelibat ‘hadiah’ tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet serta rakan selebriti memuji tindakan Syahmi dan mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here