Pesawat United Airlines mendarat cemas selepas satu enjin rosak

1176

Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan United Airlines mendarat cemas selepas satu enjinnya rosak sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Denver hari ini.

United Airlines

Penerbangan UA328 yang dijadualkan terbang ke Honolulu berpatah balik ke lapangan terbang itu selepas juruterbang pesawat itu melakukan panggilan kecemasan ke pusat kawalan trafik.



Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan 231 penumpang dan 10 kakitangan pesawat itu, menurut laporan Pengurusan Penerbangan Awam Amerika Syarikat (FAA), demikian lapor portal The Verge.

Menerusi rakaman penumpang, enjin kanan pesawat itu terbakar dengan jelas dan mengeluarkan asap. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here