Pemandu Proton Saga himpit kereta, buli pelajar sekolah memandu

3055

Pengguna jalan raya diingatkan supaya tidak berlagak handal dan membuli pelajar sekolah memandu.

pelajar sekolah memandu

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintendan Hasan Basri Yahya, pemandu yang mempunyai lesen memandu penuh seharusnya menunjukkan contoh baik dan memberi laluan kepada kenderaan pelekat L.



Beliau berkata demikian berikutan video tular berdurasi 22 saat memaparkan sebuah Proton Saga cuba memotong kenderaan sekolah memandu sehingga berlaku pelanggaran di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Beliau berkata, menerusi klip video itu, pemandu Proton Saga tidak memperlahankan kenderaan ketika keluar simpang.

“Pemandu Proton Saga memotong kenderaan pelajar lesen L sebelum keluar simpang secara melulu,” kata Hasan Basri.

“Sepatutnya kereta itu berhenti atau memperlahankan kenderaannya untuk memastikan laluan selamat bukannya berlagak sombong dengan memandu secara melulu di hadapan pelajar sekolah memandu,” tambahnya.

Polis akan menyiasat kenderaan yang terlibat dan tindakan boleh diambil mengikut Peraturan 6(2) Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 kerana mengubah haluan secara tiba tiba dan menyebabkan kemalangan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here