Dah lari ke Dubai, tapi salahkan polis UK kerana hancurkan Ferrari 458 Spider miliknya

1517

Seorang penjenayah di United Kingdom (UK) yang sudah pun disabitkan kesalahan menyalahkan pihak polis menghancurkan Ferrari 458 Spider miliknya.

Lelaki tersebut iaitu Zahid Khan, 35 tahun, melarikan diri ke Dubai tidak lama sebelum dia disabitkan kesalahan kerana melakukan beberapa kes penipuan. Zahid Khan dihukum penjara selama 10 tahun di penjara United Kingdom, namun dia kini bebas hidup di Dubai.



Sekarang, Zahid Khan menyalahkan pihak polis West Midlands kerana telah menghancurkan supercar miliknya. Menurut Birmingham Live, Khan menjadi berita utama pada April 2017 ketika dia memarkir supercar tersebut di kawasan kaki lima mahkamah Birmingham Crown.

Ferrari 458 Spider

Tindakan tersebut menjadi kesalahan dan pihak polis segera merampas Ferrari 458 Spider tersebut. Polis juga menyatakan supercar tersebut tidak memiliki insurans yang sah dan merupakan kenderaan kategori B, yang bermaksud ianya tidak selamat digunakan di jalan raya jika berlaku kerosakan.

Oleh itu, mereka membuat keputusan untuk menghancurkannya. 

Satu video yang dikongsi di YouTube pada awal tahun 2018 memaparkan Ferrari milik Zahid Khan dihancurkan di tempat pelupusan.

Bercakap dengan Mail Online, Zahid Khan berkata: “Saya sekarang telah memulakan prosiding terhadap pihak polis West Midlands kerana tindakan mereka terhadap Ferrari 458 saya.”

Jurucakap polis West Midlands memberi komen tentang kes ini, dengan menyatakan Zahid Khan sebelum ini telah mengemukakan surat tuntutan langsung kepada pihak mereka tetapi ditolak.

Ferrari 458 Spider

“Sekarang kami menerima info bahawa dia (Zahid Khan) telah mengeluarkan prosiding di mahkamah, dan kami akan menerima tuntutan tersebut melalui proses pengadilan pada waktunya,” lanjut jurucakap tersebut.

Pihak polis United Kingdom menyatakan mereka tahu di mana Khan tinggal di Dubai, dan kemungkinan dia akan diekstradisi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here