Enjin Ferrari 458 GT3-Spec V8 boleh digunakan pada kereta projek anda

3176

Apa tunggu lagi? Kini anda berpeluang miliki enjin idaman untuk kereta anda. Mungkin dengan memilih enjin Ferrari 458 GT3-Spec V8 ini mampu menjaya projek ubah suai kereta pada tahap maksimum.

Enjin ini kini dijual di racecarsdirect.com pada harga $58,000 (RM242,000) khas buat pemilik kereta yang mahu prestasi seperti Ferrari. Enjin 458 ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 562hp.



Rangkaian kuasa ini sudah dipandu sejauh lebih 8,046 kilometer sejak ia dibina semula oleh pasukan perlumbaan Kessel pada 2016. Rekod pemanduan di trek itu boleh dikira agak jauh.

Harga yang ditawarkan itu adalah termasuk enjin dan transmisi. Sekiranya mahu enjinya sahaja, harga yang ditawarkan adalah $37,000 (RM154,000), manakala $23,000 (RM96,000) bagi transmisi.

Sebelum ini, sudah ada beberapa kenderaan yang menggunakan enjin Ferrari seperti Toyota GT4586 pada beberapa tahun lalu.

Jadi enjin itu boleh dipadankan terhadap jentera lain sama ada Ford Mustang atau Honda S2000. Bagaimanapun, ia sudah pasti mempunyai kerja yang banyak untuk proses berkenaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here