Mazda pertaruhkan beberapa model yang sudah dibikin untuk Tokyo Auto Salon

2434

Mazda bakal membuat kejutan dengan memperkenalkan beberapa model kenderaannya di Tokyo Auto Salon pada awal tahun hadapan.

Pada acara itu, Mazda bakal membawakan empat keretanya dan dijangka MX-5 Miata akan mencuri tumpuan pada kali ini.



Jentera itu digelar Mazda Roadster Drop-Head Coupe Concept, iaitu model Miata yang telah diubah suai dengan bumbung diperbuat daripada gentian karbon.

Belum dipastikan lagi sama ada ia bakal dipasarkan bagi aksesori itu atau tidak.

Apa pun, ia kelihatan hebat dan menarik serta dapat memberikan pilihan pada peminatnya untuk mengubahsuai mengikut cita rasa masing-masing.

 

MX-5 memiliki gaya yang berbeza termasuk rim Rays 16 inci, skirt depan dan sisi, lampu LED untuk signal. Cangkuk tunda juga ditambah, selain penapis udara dinaik taraf.

Pada bahagian kabinnya, ia dipadankan tempat duduk Recaro, pedal aluminium, papan pemuka reka bentuk istimewa dan pelapik kaki yang menarik.

 

 

Walaupun Mazda 3 baru sahaja dilancarkan di Los Angelos Auto Show pada bulan lalu. Syarikat itu berusaha mencari idea baru untuk mencantikkan lagi rupa bentuk hatchback berkenaan. 

Dengan warna hitam berkilat yang menarik disertakan dengan kit badan baharu yang lebih aerodinamik melengkapkan gaya Mazda 3.

Pada pameran Tokyo Auto Salon yang bakal tiba, Mazda bakal membawa bersama model CX-5 dan CX-8 yang didatangkan dengan gaya baharu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here