Toyota Supra tunjuk bahagian belakang

220

Teka-teki berkenaan rupa keseluruhan Toyota Supra kian terjawab apabila gambarnya tersebar dalam media sosial antarabangsa.

Sebelum ini, imej hadapan model itu yang berwarna kelabu turut tersebar. Namun kali ini, giliran bahagian belakang pula dan paling menarik ia berwarna kuning.

Bahagian belakang kereta itu lebih menyerupai model konsep Toyota FT-1. Terdapat beberapa persamaan yang agak ketara antara dua kereta itu. Dibawah ini, anda boleh melihat sendiri persamaannya.

Bagi melihat secara keseluruhan model itu, Toyota akan membuat tayangan bagi model Supra pada Pameran Auto Detroit bulan hadapan.

Spoiler jentera itu kelihatan bersambung dengan but belakang dan ia kelihatan agak menarik.

Akhir sekali, Toyota diperkatakan bakal mengeluarkan Supra dengan versi convertible, namun ia masih lagi merupakan khabar angin yang belum dipastikan kesahihannya.

Komen anda mungkin membantu