Pesawat tentera udara Nigeria terhempas berdekatan lapangan terbang Abuja, 7 maut

1001

Tujuh maut apabila sebuah pesawat tentera terhempas berdekatan Abuja, semalam, kata jurucakap pasukan tentera udara Nigeria.

pesawat nigeria

Pesawat terbabit dijadual menjalankan misi pengawasan berkaitan operasi menyelamatkan puluhan orang diculik dari sebuah sekolah berhampiran Niger, Rabu lalu.



Menurut pihak berkuasa, kumpulan lelaki bersenjata api yang hanya dikenali sebagai ‘penyamun’, membunuh seorang pelajar lelaki dan menculik 42 orang dalam kejadian itu.

Mangsa insiden penculikan besar-besaran terbaru di Nigeria itu meliputi 27 pelajar dan tiga guru, selain saudara-mara kakitangan sekolah.

Susulan itu, Presiden Muhammadu Buhari mengarahkan pasukan keselamatan untuk menyelamatkan mangsa culik terbabit, manakala tentera dan polis memaklumkan mereka sedang menjejaki kumpulan berkenaan.

pesawat nigeria

“Pesawat terhempas itu dijadual menjalankan misi pengawasan di Niger dan kawasan sekitarnya berkait dengan usaha bersepadu untuk menyelamatkan pelajar serta kakitangan terbabit,” kata jurucakap, Ibikunle Daramola, dalam satu kenyataan.

Punca kejadian belum dikenal pasti, setakat ini, namun pihak berkuasa memaklumkan bahawa juruterbang ada melaporkan berlaku masalah kerosakan enjin.

“Pesawat Tentera Udara Nigeria (NAF), Beechcraft KingAir B350i, terhempas ketika dalam penerbangan kembali ke Lapangan Terbang Abuja selepas melaporkan masalah kerosakan enjin.

“Malangnya, kesemua tujuh orang yang menaiki pesawat itu terkorban dalam nahas berkenaan,” kata Daramola.

Pihak tentera berkata, siasatan sudah dilancarkan berhubung kemalangan itu. Sementara itu, Menteri Penerbangan Nigeria, Sirika Hadi turut mengesahkan insiden berkenaan.

“Kita harus kekal bertenang dan menunggu hasil siasatan oleh pihak tentera,” katanya melalui Twitter. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here