Operasi Samseng Jalanan: Lima ‘Superman’ di lebuhraya AKLEH berjaya ditahan

1663

Tindakan lima lelaki termasuk dua remaja menunggang motosikal dengan aksi ‘Superman’ di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Kuala Lumpur, mengundang padah apabila mereka ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan, semalam.

superman lebuhraya
gambar hiasan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, seramai 12 pegawai dan anggota daripada Bahagian Risikan dan Operasi JSPT Kuala Lumpur yang diketuai Inspektor Solihi Shafie menjalankan operasi berkenaan bermula jam 11 malam hingga 2 pagi.

“Kami menahan lima lelaki berusia 17 hingga 21 tahun yang didapati menunggang motosikal secara berbahaya dengan mempamerkan aksi ‘Superman’,” kata Zulkefly.



Antara motosikal yang digunakan individu yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) pada Ahad.
Kredit foto: Sinar Harian

Zulkefly berkata, pemeriksaan mendapati dua daripada lima lelaki ditahan berusia 17 dan 18 tahun mempunyai lesen sah, manakala tiga lagi didapati tidak mempunyai lesen.

“Semua individu berkenaan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here