Presiden Toyota, Akio Toyoda dinobat sebagai World Car Person Of The Year 2021

1168

Pada tahun ini, 93 wartawan antarabangsa telah memilih Persiden Toyota, Akio Toyoda sebagai World Car Person Of The Year 2021.

Anugerah ini merupakan satu daripada enam penghargaan yang diberikan oleh World Car Awards setiap tahun.



Toyoda yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Toyota Motor Corporatiaon sememangnya bukan calang-calang individu.

Dia telah berjaya memikat hati banyak petrolhead dengan menunjukkan minat yang tinggi dalam sukan permotoran. Dia juga beberapa kali menyatakan Toyota tidak akan terkenal sebagai sebuah pengeluar yang membosankan.

 

Dikenali dengan sifat karismatiknya, Toyoda sebelum ini berusaha keras dan mendedikasikan dirinya untuk membawa nama Toyota yang sekarang. Dia berjaya mengekalkan keuntungan Toyota walaupun di tengah pandemik Covid-19, dan melindungi perkerjaan dan pekerjanya dari seluruh dunia.

“Bagi pihak 360,000 anggota pasukan Toyota di seluruh dunia, terima kasih atas penghormatan yang luar biasa ini! Sekiranya anda tidak keberatan, saya ingin menukar penghargaan ini dari Car Person of the Year kepada Car People of the Year,” kata Toyoda.

Setelah menerima anugerah ini, keutamaan pertama Toyoda ialah mengenali para pekerjanya, dan dia dengan rendah hati mengakui apa yang dicapai merupakan usaha daripada karyawan globalnya.

Oleh itu, Akio Toyoda dilabel sebagai seorang CEO yang bertuah dan bersyukur.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here