Tiada lagi van jenazah angkut individu ponteng puasa – JAINJ

1988

Jabatan Agama Islam negeri Johor (JAINJ) tidak akan menggunakan van jenazah bagi mengangkut umat Islam yang ditangkap kerana ponteng puasa.

van jenazah puasa

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Johor, Tosrin Jarvanti, tindakan itu bagi menjaga aib individu berkenaan.



“Bagaimanapun, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa,” kata Tosrin.

“Pada masa sama, JAINJ akan mengambil pendekatan memberi nasihat kepada umat Islam yang ditahan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Tosrin berkata, pihaknya mengenal pasti 15 lokasi ‘port’ beli makanan di Johor Bahru dan Kulai, termasuk restoran atau kedai makan yang berselindung atau guna pintu belakang.

“Penguat kuasa akan sentiasa menjalankan pemeriksaan dan risikan di lokasi yang dikenal pasti, sebelum membuat tangkapan terhadap individu tidak berpuasa.

“Jangan suka hati hendak makan dan minum dengan bersembunyi kerana penguat kuasa akan bergerak di seluruh lokasi yang dikenal pasti bermula esok,” lanjut Tosrin.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here