Suzuki kembali ke Malaysia, terus dengan model Swift Sport, 140hp, 230Nm, RM140k

1476

Seperti yang kami umumkan sebelum ini, Suzuki telah secara rasmi bertapak semula di Malaysia.

Di bawah naungan Naza Eastern Motors Sdn Bhd, jenama Jepun itu terus menawarkan Swift Sport yang ikonik untuk model pertama mereka dalam era baharu ini.

Suzuki Swift Sport



Suzuki Swift Sport yang diimport dari Jepun (CBU) ini ditawarkan pada harga RM139,900 dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km. Harga ini sedikit lebih rendah dari harga jangkaannya iaitu RM145,000.

Hot hatch cilik ini dikuasakan oleh enjin 1.4-liter Boosterjet yang menjana 140hp dan 230Nm tork dari 2,500 hingga 3,500rpm.

Hanya transmisi automatik 6-kelajuan yang ditawarkan, tiada pilihan manual malangnya. 

Suzuki Swift Sport

Swift Sport dibina di atas platform Heartech generasi baharu, yang mampu memastikan peningkatan keselamatan jika berlaku pelanggaran, melalui ketegaran bawah badan yang diperkuat.

Sebahagian besar Swift Sport masih menggunakan reka bentuk model terdahulu, namun ada beberapa kemasan baharu yang disertakan seperti gril sarang lebah dengan kemasan gentian karbon.

Suzuki Swift Sport

Selain lampu hadapan LED, hot-hatch ini juga kini hadir dengan pillar yang lebih menarik, yang memberikannya kesan coupe dan atap yang seakan terapung (floating roof).

Untuk ruangan dalam, Swift Sport hadir dengan kerusi semi bucket untuk penumpang hadapan dan pemandu. Penumpang belakang juga kini lebih selesa, dengan ruang kepala dan ruang kaki yang disediakan walaupun dimensi kereta yang cukup padat.

Suzuki Swift Sport

Pemandu pula akan disediakan dengan stereng sporti dengan pelbagai fungsi, untuk mengawal maklumat yang ditunjukkan pada kluster instrumen dan audio. Untuk hiburan, Swift Sport disertkan dengan multimedia skrin sentuh 7” yang menyokong Apple CarPlay.

Bagi yang berminat, anda boleh kunjungi bilik pameran utama Suzuki 3S yang terletak di Naza Automall, Petaling Jaya untuk melihat dan merasakan pemanduan Suzuki Swift Sport.

Suzuki Swift Sport

Suzuki Swift Sport disediakan dalam empat pilihan warna iaitu Champion Yellow, Pearl Pure White, Speedy Blue Metallic, dan Burning Red Pearl Metallic.

Bagi yang berminat, anda boleh menempah pandu uji memalui talian 03-7952 7017 atau layari laman web Suzuki Malaysia untuk maklumat yang lebih lanjut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here