Dah umur 78 tahun pun beli supercar, inilah petrolhead sejati!

3461

Bercakap mengenai pemilik supercar, jarang pengguna dan pemiliknya adalah dari kalangan golongan muda, kecuali mereka yang sudah berjaya pada usia muda dan dari golongan berada. 

supercar

Selain itu, majoriti orang yang sudah berumur juga jarang menggunakan jentera berkuasa tinggi ini untuk aktiviti harian, terutama yang mengalami masalah kesihatan. 



Namun, faktor ini tidak menjadi masalah kepada seorang lelaki yang sudah berumur, dikenali sebagai Henry Harrfeldt. Dia telah membeli dan memandu sendiri sebuah McLaren 720S Spider pada usianya yang mencecah 78 tahun.

Apa yang lebih menarik ialah, dia menggunakan jentera yang berharga $400,000 (RM1.7 juta) ini untuk kegunaan hariannya, dan jarak perjalanan jentera tersebut telah mencecah 4,000km.

Berdasarkan cara memandu dan penampilannya, Harrfeldt kelihatan seolah-olah tahu bagaimana cara mengendalikan supercar tersebut, dan menikmati setiap masanya berada dalam kereta tersebut. 

Jentera ini mampu menghasilkan sehingga 710hp dan 770Nm tork, dan mecapai kelajuan sehingga 340km/j. Suatu kenderaan yang sangat pantas bagi golongan tua seperti Harrfeldt.

Selain itu, Harrfeldt juga memiliki AC Cobra dan Ford GT40, dimana kedua jentera terebut pada asasnya adalah kereta perlumbaan yang mempunyai nombor pendaftaran.

Berdasarkan jenis kereta yang dimilikinya, boleh dikatakan Harrfeldt seorang yang minat akan kelajuan dan McLaren 720S Spider sangat sesuai untuk dirinya.

Pujian harus diberikan kepada Harrfeldt, kerana membuktikan faktor usia tidak menghalang minat seseorang terhadap kereta dan kelajuan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here