
Kereta terpakai biasanya dipandang sebelah mata oleh sesetengah individu. Ada yang beranggapan bahawa kereta terpakai ini adalah kereta yang telah mengalami kemalangan namun dibaik pulih semula, tidak tahan lama dan sebagainya.
Namun begitu, sebenarnya terdapat beberapa kereta terpakai yang dijual dengan harga jutaan ringgit, bahkan lebih mahal dari sesebuah kereta yang baru.
Biasanya kereta-kereta ini terdiri dari keluaran edisi terhad dan mempunyai latar belakang, sejarah atau kisah menarik di sebaliknya.
Disini kami kami akan senaraikan lima buah kereta terpakai termahal di dunia.
Ferrari 250 GTO dikatakan merupakan kereta terpakai termahal di dunia. Pada tahun 2014, kereta ini dikatakan telah berjaya dijual dengan harga USD38 juta (RM162.7 juta). Sementara pada tahun 2018, dilaporkan bahawa seseorang telah menjualnya dengan harga USD48.4 juta (RM162.7 juta).
Faktor utama kenapa kereta ini sangat mahal ialah kerana Ferrari menghasilkannya hanya sebanyak 36 unit pada tahun 1962-1964. Kereta klasik ini dikuasakan oleh enjin V12 3.0-liter yang mampu menghasilkan sehingga 296hp dan 294Nm tork.
2. Ferrari 335 S 1957
Satu lagi kereta dari Ferrari yang dihasilkan dalam unit yang terhad. Pada tahun 1957, syarikat pengeluar dari Itali tersebut telah menghasilkan sebanyak empat unit kereta ini.
Dikuasakan oleh enjin V12 4.0-liter, kereta ini adalah model Ferrari yang mampu menyaingi penguasaan Maserati 450S pada masa itu. Pada tahun 2016, kereta ini dijual dengan harga sekitar USD35.7 juta (RM152juta).
3. Mercedes-Benz W196 1954

Satu lagi model dari Ferrari berada dalam senarai ini. Ferrari 290 MM 1956 telah dihasilkan sebanyak empat unit pada tahun 1956. Kereta ini dikuasakan oleh enjin V12 3.5-liter yang mampu mencapai kelajuan maksimum pada 280km/j.
Kereta ini merupakan model khas yang dihasilkan oleh Ferrari untuk Luigi Chinetti di Amerika Utara. Pada mulanya, kereta ini dirancang untuk dihasilkan dalam jumlah yang banyak namun ianya dihasilkan hanya dalam 10 unit kerana kekurangan permintaan dari pelanggan.






























