Terharu dapat kereta baru, seorang ayah menangis terima hadiah dari anak sempena Hari Bapa

4163

Seorang bapa biasanya disifatkan sebagai seorang yang tegas, garang atau suka bergurau senda, namun mereka juga mempunyai naluri lembut.

hari bapa

Ada kalanya sifat ini akan berubah sekelip mata dengan linangan air mata tanda terharu apabila berlaku sesuatu yang menyentuh hati.



Melalui perkongsian di laman Twitter milik Haziq Sapu, dia memuatnaik video reaksi ayahnya yang mengalirkan air mata tanda terharu apabila anak-anak menghadiahkannya sebuah kereta baru sempena Hari Bapa.

Dia juga tidak menyangka melihat ayahnya menangis terharu dengan pemberian dari mereka adik-beradik ini. Perkongsian video yang mendapat lebih 7,200 retweet di laman Twitter ini membuatkan ramai rakyat Malaysia turut terharu.

Menurut Haziq, kali terakhir dia melihat ayahnya menangis ialah ketika dia menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dahulu. Malah, dia juga tidak menyangka ayah akan menangis sekali lagi apabila melihat pemberian hadiah dari anak-anaknya itu.

Proton Persona yang dihadiahkan oleh Haziq dan adik beradiknya ini merupakan model keluaran tahun 2019. Kereta ini dikuasakan oleh enjin 1.6-liter VVT berkuasa 107hp dan 150Nm tork. Bergantung kepada varian, ia dijual pada RM42,600 hingga RM54,600.

Kereta ini akan dibayar secara beransur oleh Haziq dan adik-beradiknya. Dia juga meluahkan rasa bersalah untuk sesiapa sahaja yang sudah kehilangan seorang insan yang bergelar ayah.

Sumber: Twitter, Instagram

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here