Toyota C-HR dan Avalon 2021 akan datang dengan edisi Nightshade serba hitam di AS

1261

Toyota nampaknya akan menyertakan dua model mereka iaitu Toyota C-HR dan Toyota Avalon 2021 dengan pakej trim Nightshade edisi khas untuk pasaran Amerika Syarikat.

Dengan imej yang serba hitam, berita tentang Nightshade edisi khas yang akan diberikan pada kedua model ini datang dari CarsDirect. Ini bermaka, berkemungkinan besar, Toyota akan memperkenalkan 10 model edisi Nightshade sebelum akhir tahun ini.



Masih belum ada maklumat yang terperinci mengenai edisi khas pada kedua model Toyota ini, namun diharapkan edisi baru pada CH-R dan Avalon ini sama dengan edisi Tacoma, Tundra, dan Sequoia.

toyota nightshade

Toyota Corolla 2020 juga turut disertakan dengan edisi Nightshade, yang menampilkan logo di bahagian luar kereta yang serba hitam, rim 18-inci, spoiler dan pemegang pintu yang bewarna hitam dan banyak lagi.

Tahun lepas, Toyota juga turut memperkenalkan Camry dan Highlander dengan ciri yang sama. Adakah edisi Nightshade akan menjadi sesuatu yang anda nantikan? Sama-sama kita tunggu ciri baru yang akan diperkenalkan oleh Toyota ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here