PDRM: Memadai isi borang rentas negeri, tidak perlu nyatakan jadual perjalanan

1876

Polis menafikan dakwaan tular menerusi media sosial kononnya individu mahu mendapatkan kebenaran rentas negeri diminta menyertakan jadual perjalanan serta aktiviti.

Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, sudah memadai bagi mereka mengisi borang rentas negeri dan mengemukakan butiran serta bukti sahih.



“Isu tular ini sudah dinafikan polis. Tidak perlu tunjukkan bukti aktiviti setiap hari kalau mahu merentas negeri. Cukup berikan dokumen sokongan daripada majikan atau pihak lain berkaitan,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial terutama Facebook kononnya polis mengeluarkan arahan supaya pemohon rentas negeri diwajibkan menunjukkan bukti aktiviti setiap hari.

borang rentas negeri

Ia susulan beberapa laporan selebriti dan personaliti media sosial atau ‘Instafamous’ menyalah guna kebenaran rentas negeri diberi polis.

Maklumat tular itu turut menyebut pegawai polis bertugas perlu memperincikan maklumat pemohon sebelum meluluskan kebenaran berkenaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here