Maserati Levante ‘melekat’ bawah jejambat di California setelah dikejar polis

1516

Baru-baru ini, Maserati melantik David Beckham untuk menjadi duta jenama mereka. Diharapkan nama Maserati semakin dikenali dan mencipta imej yang baik sesuai dengan gambar bekas bintang bola sepak itu.

Kempen Maserati adalah mengenai standard keselamatan yang tinggi dan baru-baru ini, seseorang telah membuktikan tahap keselamatan kereta itu kepada pemandunya.



Menurut Carbuzz, seorang pemandu Maserati Levante terlibat dalam kemalangan ketika dikejar oleh polis di California. SUV mewah itu dipandu sehingga merempuh bahagian bawah jejambat.

Maserati Levante

Menurut gambar yang dikongsi oleh laman Instagram California Highway Patrol, polis berusaha menghentikan Maserati Levante yang dipandu laju. Pemandu malah bertindak untuk tidak berhenti, dan cuba melarikan diri.

SUV tersebut difahamkan bahkan dipandu pada kelajuan 160km/j di lebuhraya.

Maserati Levante

Semasa keluar dari jalan tol dalam usaha untuk melarikan diri, pemandu tersebut hilang kawalan, menyebabkan SUV yang dipandu melanggar beberapa bahagian di tepi jalan, dan ‘melekat’ di bawah sebuah jejambat setelah merempuhnya.

Pemandu Maserati Levante bagaimanapun terselamat dari kemalangan yang mengerikan tersebut, manakala SUV itu pula rosak teruk.

Dia difahamkan kini berada di hospital dan tidak mengalami sebarang kecederaan teruk, walaupun merempuh dinding konkrit pada kelajuan 160km/j.

Ketika keluar dari hospital, pihak polis akan terus menjatuhkan hukuman kepada pemandu tersebut. Dia juga akan dikenakan denda kerana memandu secara melulu.

Maserati Levante itu pula bukan miliknya, malah difahamkan milik kekasihnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here