Lelaki ini selamba jual tembikai guna replika Ferrari 488 GTB

1731

Pemilik supercar kadangkala melakukan aksi gila dengan jentera mereka. Tetapi, seorang lelaki di Vietnam melakukan sesuatu yang agak unik, yang boleh dikatakan sebagai satu strategi pemasaran paling menarik.

Dia dengan selamba menjual tembikai dengan menggunakan sebuah Ferrari 488 GTB. Namun, jentera tersebut bukanlah Ferrari 488 GTB sebenar, sebaliknya hanya sebuah replika yang dihasilkan sendiri oleh pemiliknya.

Replika ini digunakan untuk tujuan yang agak unik, yang merupakan satu tujuan yang tidak mungkin akan digunakan oleh seseorang pemilik Ferrari 488 GTB sebenar.

ferrari 488 gtb

Berdasarkan video di saluran YouTube NHET TV, seorang lelaki yang dikenali sebagai Vu Van Nam menjual tembikai menggunakan replika Ferrari 488 GTB miliknya. Ruangan bahagian hadapan replika tersebut digunakan sebagai tempat untuk simpanan tembikai.

Walaupun sesebuah supercar sepatutnya berada di jalan raya yang rata dan luas atau di litar, replika ini dilihat berada di jalan yang sempit, dimana ianya banyak digunakan oleh basikal, skuter dan pejalan kaki.

ferrari 488 gtb

Replika supercar ini juga terpaksa dipandu dengan perlahan untuk mengelakkan perlanggaran, dan disebabkan permukaan jalan dengan badan yang agak rendah, ianya mungkin akan tercalar.

Ferrari 488 GTB sebenar dikuasakan oleh enjin V8 3.8-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 661hp dan 760Nm tork. Pecutan dari 0-100km/j mengambil masa 2.9 saat, manakalah kelajuan maksimum ialah pada 321km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here