Floyd Mayweather belanja RM4 juta beli kereta untuk diri sendiri dan rakan-rakan

5205

Floyd Mayweather membelanjakan sebanyak £700,000 (RM4.09 juta) untuk membeli sembilan buah kereta untuk dirinya dan rakan-rakan, menjelang pertarungan dengan Logan Paul.

Bintang berusia 44 tahun itu, yang dianggap antara petinju terbaik dari generasinya, membeli lapan buah kereta untuk individu yang paling rapat dengannya, dan juga sebuah Rolls-Roce White Ghost untuk koleksinya.



Menurut TMZ, kereta tersebut adalah tiga buah Dodge Challenger 2021, dua buah Dodge Charger 2021, sebuah Dodge Journey 2021, sebuah Maybach sedan 2021, sebuah Mercedes S560 2021, dan sebuah Rolls-Royce White Ghost 2021.

Rolls-Royce White Ghost 2021

Salah seorang rakan Mayweather mendedahkan petinju itu membeli model Rolls-Royce Ghost. Lelaki yang dikenali sebagai Chop, iaitu pemilik kepada kedai kereta Towbin Auto Group di Las Vegas, mengesahkan Mayweather membeli kereta di tempatnya.

Petinju yang mempunyai rekod 50-0 itu dikatakan sudah membeli 157 buah kereta dari Towbin sepanjang kariernya.

Antaranya termasuklah 29 buah kereta mewah model Rolls-Royce berbeza. Difahamkan nilai kesemua kereta milik Mayweather mencecah £20 juta (RM116.9 juta).

Floyd Mayweather

Ianya termasuk koleksi Rolls-Royce yang bernilai lebih £3 juta (RM17.5 juta) dan empat buah Bugatti Veyron bernilai £1.7 juta (RM9.9 juta). Apa yang menarik, koleksi kereta Floyd Mayweather hanya mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here