Sergio Perez juarai GP Azerbaijan setelah Verstappen tersasar dari kedudukan utama

1029

Sergio Perez memenangi Grand Prix (GP) Azerbaijan selepas pendahulu kejuaraan, Max Verstappen mengalami kemalangan kerana masalah tayar ketika perlumbaan memasuki dua pusingan terakhir.

Selain itu, juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton pula gagal meneruskan saingan ketika perlumbaan dimulakan semula.



Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel menduduki tempat kedua untuk pasukan Aston Martin selepas aksi yang mengagumkan dimana dia bermula pada petak ke-11. Pierre Gasly pula menduduki tempat ketiga untuk AlphaTauri.

Sergio Perez  GP Azerbaijan

Kemenangan ini merupakan kali kedua dalam karier Perez, dimana dia berada pada musim pertamanya bersama pasukan Red Bull. Sebelum ini, Perez menjuarai perlumbaan buat pertama kali di Grand Prix Sakhir, tahun lepas.

Keputusan penuh Grand Prix Azerbaijan

1. Sergio Perez – Red Bull Racing
2. Sebastian Vettel – Aston Martin
3. Pierre Gasly – AlphaTauri
4. Charles Leclerc – Ferrari
5. Lando Norris – McLaren
6. Fernando Alonso – Alpine
7. Yuki Tsunoda – AlphaTauri
8. Carlos Sainz – Ferrari
9. Daniel Ricciardo – McLaren
10. Kimi Räikkönen – Alfa Romeo Racing
11. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo Racing
12. Valtteri Bottas – Mercedes
13. Mick Schumacher – Haas F1 Team
14. Nikita Mazepin – Haas F1 Team
15. Lewis Hamilton – Mercedes
16. Nicholas Latifi – Williams
17. George Russell – Williams
18. Max Verstappen – Red Bull Racing
19. Lance Stroll – Aston Martin
20. Esteban Ocon – Alpine

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here