14 tahun berlumba, ini kali pertama Hamilton terlanggar krew pit

1899

Ketika sesi latihan Grand Prix Rusia baru-baru ini, Lewis Hamilton tidak sengaja melanggar mekanik pasukannya selepas terlambat menekan brek ketika di pit. 

Namun, pemandu Britain itu meminta maaf kepada krew berkenaan menerusi laman Instagram miliknya akibat gagal menekan brek awal ketika memasuki bahagian pit pasukan.



“Saya rasa ini kali pertama saya melanggar mekanik sepanjang tempoh 14 tahun. Saya ketakutan dan amat bimbang.

“Nasib baik dia tidak apa-apa, memang berani dia berdiri depan kereta macam tu. Kita semua melakukan kesilapan, ia sebahagian daripada perjalanan, tetapi yang penting bagaimana kita menanganinya,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lewis Hamilton (@lewishamilton)

Ketika kejadian, Hamilton mengakui ketakutan selepas melihat mekanik berkenaan terjatuh.

Menerusi rakaman kamera yang dipasang pada kereta lumba itu menunjukkan krew berkenaan tercampak sedikit ke belakang dan terduduk namun bingkas bangun sambil menunjukkan isyarat OK. 

Pasukan Mercedes mengesahkan kakitangan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

BACA>>Grand Prix F1 Australia dibatalkan untuk tahun kedua berturut-turut

BACA>>Lewis Hamilton kini juara dunia F1 tujuh kali

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here