Lewis Hamilton ketepikan Max Verstappen untuk muncul juara Grand Prix Bahrain

802

Lewis Hamilton mempamerkan satu lagi pemanduan menakjubkan dan menyerlahkan bakatnya dalam perlumbaan Formula 1 untuk mengekang Max Vertsappen sekali gus berjaya mencatat kemenangan di Grand Prix Bahrain.

Hamilton Grand Prix Bahrain

Juara dunia tujuh kali itu terpaksa menggunakan segala kepakaran yang ada bagi membolehkan Mercedes berjaya menafikan Red Bull untuk memenangi perlumbaan pembukaan dan terus menambah rekod kemenangan di Formula 1 dengan 96 kemenangan.



Verstappen terpaksa memberi ruang kepada Hamilton pada pusingan terakhir kerana dia terkeluar dari laluan litar ketika memintas pelumba Britain sebelum itu.

Seperti dijangka, Hamilton dan pesaingnya itu akan bersaing sengit dalam perlumbaan berkenaan sehingga memaksa seorang lagi pelumba Mercedes, Valtteri Bottas hanya berpuas hati di tempat ketiga.

Ia adalah kemenangan pembukaan musim pertama Hamilton sejak 2015 dan mengejutkan ramai pemerhati selepas Red Bull mendominasi saingan pramusim dan latihan bebas serta pusingan kelayakan.

“Pertama sekali, saya berasa gembira kerana akhirnya dapat melihat penonton menyaksikan perlumbaan.

“Ia memang perlumbaan yang sukar, sejak dari awal kami sudah menjangkakan ia bakal berlangsung sengit namun kali ini kami harus mengekang Max. Ia harus dilakukan dengan melakukan sesuatu yang istimewa,” kata Hamilton.

Hamilton Grand Prix Bahrain

“Sudah tentu ia mengecewakan namun anda juga harus melihat dari sudut positif. Kami berjaya memberikan tentangan kepada mereka, jadi ia sangat menakjubkan dapat memulakan perlumbaan seperti itu,” kata Verstappen.

Lando Norris dari McLaren menduduki tempat keempat mengatasi seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here