Maverick Vinales juara perlumbaan pembukaan MotoGP 2021

1009

Maverick Vinales yang akan menyambut kelahiran cahaya mata sulung memenangi perlumbaan pembukaan MotoGP 2021, Grand Prix Qatar mengetepikan pelumba Ducati, Johann Zarco di tempat kedua.

maverick vinales motogp 2021

Pelumba Itali dan juga seorang lagi wakil Ducati, Francesco Bagnaia menduduki tempat ketiga selepas memulakan perlumbaan di petak utama, manakala penyandang juara dari Suzuki, Joan Mir hanya berpuas hati di tempat keempat.



“Saya merasakan sendiri kami mempunyai potensi. Saya mengambilnya dengan pendekatan tenang. Saya cuba untuk menunggang dengan pintar dan tenang,” kata Vinales.

“Akhirnya saya berjaya menjarakkan kedudukan dan cuba untuk mencari tujahan,” tambahnya

Vinales berterima kasih kepada keluarga terdekat terutama isterinya yang bakal melahirkan cahaya mata.

“Anda tahu saya dan isteri sedang menantikan kehadiran cahaya mata,” lanjut Vinales, yang melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Raquel dan membuat pengumuman awal bulan ini bahawa mereka sedang menantikan kehadiran cahaya mata pertama.

Vinales berjaya mengatasi permulaan perlahan, di mana dia bersama pelumba Yamaha lain ditinggalkan Ducati, sebelum memintas jentera buatan Itali itu.

maverick vinales motogp 2021

Dia mendahului saingan ketika berbaki lapan pusingan, mengatasi Bagnaia, manakala Mir melonjak di kedudukan keempat ketika berbaki empat pusingan walaupun bermula di petak ke-10.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here