Johann Zarco lelong topi keledar kesayangan untuk bantu Mathias Bellino

986

Pelumba yang akhirnya menyertai Reale Avintia Racing, Johann Zarco nampaknya mempunyai hati yang mulia. Johann Zarco lelong topi keledar kesayangan yang digunakan semasa MotoGP 2019.

Johann Zarco lelong topi keledar kesayangan

Hasil lelongan topi keledar itu akan digunakan untuk didermakan kepada salah satu pelumba Dakar Rally yang kini lumpuh. Pelumba tersebut ialah Mathias Bellino, pelumba Dakar Rally yang berasal dari Perancis.



“Mathias Bellino kini lumpuh selepas mengalami kemalangan yang teruk pada bulan Ogos 2018 ketika membuat persiapan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Dakar Rally,” kata Johann Zarco di laman Instagram peribadinya.

Sambil Johann Zarco lelong topi keledar kesayangan, dia menyeru beberapa pihak untuk membantu mengubati Mathias Bellino.

“Dia menjalani pemulihan selama lebih daripada satu tahun dan hidupnya kini dibantu oleh sumbangan hasil lelongan orang-orang yang baik,” katanya.

Hasil lelong topi keledar Johann Zarco mempunyai nilai yang sangat hebat.

Dikabarkan, topi keledar Johann Zarco dijual sepenuhnya untuk €3000 atau bersamaan dengan RM13,792.

Untuk maklumat anda, Mathias Bellino mengalami kecederaan teruk ketika mengikuti perlumbaan Enduro di Amerika Selatan.

Mathias Bellino

Mathias Bellino juga memerlukan wang untuk rawatannya, dengan itu membuat halaman pengumpulan dana.

Selain Johann Zarco, terdapat beberapa pelumba lain seperti Randy de Puniet dan Loris Baz juga melelong kelengkapan perlumbaan perobadi mereka untuk membantu perbelanjaan kehidupan Bellino.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here