Endurance 8 Jam Sepang: Yart-Yamaha muncul juara

983

Pasukan YART-Yamaha berjaya merangkul gelaran juara dalam kategori EWC perlumbaan FIM Endurance World Championship (EWC) Sepang 8 Hours atau dikenali sebagai Endurance 8 Jam Sepang di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Pasukan itu yang terdiri raipada pelumba Broc Parkes, Karel Hanika dan Niccolo Canepa melintasi garis penamat selepas 80 pusingan dengan jumlah masa yang dicatatkan menjangkau 5 jam 50 minit 03.837 saat.

Pasukan itu berada 1 minit 49.622 saat di hadapan pasukan Honda Asia-Dream with SHOWA. Tiga pelumba Asia terbaiknya terdiri daripada pelumba dari Malaysia Mohd Zaqhwan Zaidi, dari Indonesia Andi Farid Izdihar dan dari Thailand Somkiat Chantra, yang mencatatkan kemenangan podium buat kali pertama.



Pasukan BMW MOTORRAD ENDURANCE TEAM dengan hanya dua pelumba. Ianya ialah Illya Mykhalchyk dan Markus Reiterberger yang berada di tempat ketiga dengan ketinggalan satu pusingan di belakang.

Pelumba Malaysia, Zaqhwan berkata ia adalah hari yang amat hebat bagi pasukannya kerana berjaya memperoleh kemenangan podium di tempat sendiri.

Sementara itu pasukan tempatan Yamaha Sepang Racing Team menduduki tempat ketujuh selepas mencatatkan 5 jam 51 minit 11.394 saat dengan dua pusingan di belakang.

Edisi pertama Endurance 8 Jam Sepang ditunda disebabkan hujan lebat di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Terdahulu perlumbaan yang dijadualkan bermula pada pukul 1.00 petang bagaimanapun terlewat selama kira-kira dua jam. Ia bermula sejurus selepas pukul 3.00 petang di belakang kereta keselamatan, namun ia kemudiannya digantung susulan hujan lebat.

Endurance 8 Jam SepangPerlumbaan kemudian dimulakan kembali pada pukul 6.00 petang dengan pelumba pertama pasukan Yamaha Sepang Racing Michael van der Mark dan Mike di Meglio dari pasukan F.C.C. TSR Honda, France terlibat dalam pertarungan sengit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here