Akademi pemandu Ferrari rancang tambah pelumba wanita

1702

Akademi Pemandu Ferrari merancang untuk menambah pelumba wanita kepada program pemandu muda mereka yang semakin berkembang. Ini kerana, mereka berusaha membangunkan bakat untuk masa depan.

Akademi Pemandu Ferrari (FDA) buat masa ini telah melahirkan beberapa pelumba hebat. Diantaranya ialah Mick Schumacher, anak kepada juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher, dan juara FIA Formula 3 Rusia yaitu Robert Shwartzman.



Pemandu F1 Ferrari, Charles Leclerc, yang merupakan pemenang dua grand prix pada tahun ini, juga datang melalui akademi berkenaan.

Akademi ini juga termasuk Esports, dengan David Tonizza memenangi Formula One Pro Series pada tahun ini.

Formula 1 tidak mempunyai pelumba wanita sejak dimulakan sejak tahun 1976. Ferrari mempunyai sejarah membawa bakat terbaik yang sangat mahal dari luar ke pasukan Formula Satu, dengan Leclerc sebagai satu contoh.

Sebastian Vettel menyertai Ferrari sebagai juara dunia empat kali dari Red Bull. Manakala pelumba asalnya, Fernando Alonso tiba dari Renault, di mana dia telah memenangi dua gelaran. Schumacher juga memenangi dua kejohanan pertamanya dengan Benetton.

Mick Schumacher akan bertanding di F2 dengan Shwartzman musim depan bersama pemandu FDA yang lain seperti Callum Ilott (Britain), Giuliano Alesi (Perancis) dan Marcus Armstrong (New Zealand).

Binotto tidak menolak Schumacher akhirnya mengikuti jejak ayahnya.

“Saya fikir musim depan akan menjadi kunci untuk dia memahami berapa banyak kemajuannya,” kata Binotto untuk Schumacher yang berusia 20 tahun, yang membuat debut F2 tahun ini dan menduduki tempat ke-12 dengan satu kemenangan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here