Endurance 8 Jam Sepang: Franco Morbidelli sambar petak utama

1460

Minggu ini terdapat acara perlumbaan yang dipanggil Kejohanan Endurance Dunia FIM 8 Jam Sepang. Perhatian penuh diberikan kepada pasukan tuan rumah, Yamaha Sepang Racing Team, yang disokong oleh pasukan perlumbaan ketahanan Yamaha, Yamaha Austria Racing Team (YART).

Pasukan Sepang diketuai oleh pelumba terbaik dunia, di mana terdapat pelumba MotoGP, Franco Morbidelli. Beliau pertama kali mengambil bahagian dalam perlumbaan seperti ini.



Pelumba sensasi negara yang juga bekas pelumba MotoGP yaitu Hafizh Syahrin Abdullah juga mengambil bahagian. Hafizh akan bergandungan dengan Morbidelli dalam satu pasukan.

 

Dalam sesi kelayakan yang diadakan, Morbidelli dari Itali mencatat masa terpantas 2:04.647s. Pelumba Thailand, Somkiat Chantra daripada Honda Asia-Dream Racing with SHOWA ditemapt kedua dengan catatan masa 2:05.440s.

Hafizh Syahrin Abdullah

Pasukan F.C.C. TSR Honda France berada di kedudukan ketiga selepas pelumbanya Josh Hook mencatatkan masa 2:05.484s.

Kesemua tiga pelumba, dalam kumpulan biru, kuning dan merah, menjaringkan masa terpantas dalam setiap kumpulan.

Morbidelli yang bersama-sama pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah dan juara tiga kali 8 Jam Suzuka, Michael Van der Mark dalam pasukan itu – mencatatkan purata masa pusingan terbaik 2:04.429s selepas dua sesi kelayakan.

Endurance 8 Jam Sepang

Yamaha Sepang Racing menguasai sesi kelayakan pertama Endurance 8 Jam Sepang selepas catatan masa 2:03.907s yang dilakukan Morbidelli, lebih pantas daripada F C C TSR Honda France dan YART Yamaha.

Pasukan tuan rumah juga mengekalkan pendahuluan selepas sesi kelayakan kedua selepas Van der Mark mencatatkan masa 2:05.614s, di hadapan pasukan yang sama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here