Insiden SUKE: Kerja alih kren gantri dijangka perlu dua minggu

897

Kerja-kerja penstabilan struktur dan pengalihan kren gantri di lokasi insiden Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dijangka mengambil masa selama dua minggu.

Imej oleh: Harian Metro

Insiden di Alam Damai, Cheras yang berlaku Isnin lepas (22 Mac) menyebabkan tiga warga China maut

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam kenyataan semalam memaklumkan fasa pertama kerja pengalihan struktur kren gantri dan pembaikan bermula dua hari lepas (Sabtu) selepas pihaknya menerima kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).



“Kerja-kerja ini merangkumi dua fasa iaitu penstabilan struktur rasuk lebuh raya yang mana kemajuan pada hari ini adalah 60 peratus sebelum kerja-kerja pengalihan kren gantri dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan proses pengalihan dan pembaikan ini adalah rumit berikutan terdapat beberapa aspek seperti proses teknikal, kaedah kerja, cuaca dan keselamatan penduduk sekitar serta pekerja pembinaan dan keadaan sktruktur yang perlu diambil kira.

Projek SUKE turut bekerjasama dengan jurutera perunding profesional, pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), JKKP dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk proses pengalihan dan pembaikan itu.

SUKE dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pihaknya menyediakan tempat letak kereta, lorong pejalan kaki dan khidmat van perantara kepada penduduk kondominium Puncak Banyan dan sekitarnya yang terjejas susulan insiden yang berlaku itu.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu cedera parah susulan satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here