Hanya advokasi, tiada lagi saman ekzos bising – Menteri Pengangkutan

4043

Berita gembira yang dinanti-natikan oleh seluruh pemilik motosikal di negara kita. Hanya Advokasi dan tiada lagi saman kepada pemilik motosikal yang ditahan kerana ekzos bising.

Apa itu advokasi?

Iaitu Notis 114 yang diberikan kepada mereka yang ditahan oleh penguatkuasa JPJ. Kepada sesiapa yang ditahan dan diberikan notis 114 hendaklah datang ke mana-mana cawangan JPJ memberikan keterangan bagi membantu siasatan.



Menurut Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong, memaklumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) telah membuat keputusan berkenaan isu tersebut.

Pada peringkat ini lebih bijak tumpukan kepada pendekatan Advokasi dengan mengeluarkan Notis 114 kepada mereka yang ditahan kerana kesalahan ekzos bising daripada mengeluakan saman.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno 2021.

Presiden MCA itu juga menyatakan, beliau terkasima dan hadam ucapan dasar oleh Presiden Umno.

Presiden Umno,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, turut menyentuh isu berkenaan serta nasib pemilik motosikal yang disita dimusim pandemik Covid-19. 

Menteri Pengangkutan menjelaskan, iaitu Ketua Polis Negara telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah JPJ berhubung pelarasan tindakan Advokasi.

Pelarasan tersebut perlu memandangkan tindakan Advokasi juga melibatkan Polis Trafik.

Sumber: Bernama

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here