BMW 5-Series 2021 dikemaskini dengan varian PHEV, CKD, dari RM343k

1486

BMW Malaysia memperkenalkan dua variasi terkini untuk 5-Series di Malaysia iaitu 530e M Sport dan 530i M Sport. Kedua-dua model adalah CKD (pemasangan tempatan) dan harga anggaran seperti berikut:

  • BMW 530e M Sport: RM343,000
  • BMW 530i M Sport: RM396,000

*Harga adalah termasuk cukai jualan dan perkhidmatan, atas jalan, tanpa insurans.



Kit badan M Sport

Seperti pada namanya, kedua-dua model 530e dan 530i memakai kit badan M Sport yang memberikan imej sporti.

Kit ini terdiri dari rim M Bi-Colour Jet Black 19-inci, tayar run flat, suspensi adaptif, brek M Sport dengan calliper M biru, dan ekzos berkembar serta diffuser.

530e M Sport baharu didatangkan dengan lampu hadapan Adaptive LED Matrix, di samping lampu hadapan LED yang standard, manakala BMW 530i M Sport dilengkapi dengan BMW Laserlight. Kedua-duanya merangkumi kemudahan bantuan lampu puncak BMW Selective berciri anti silau dengan lampu membelok, termasuk fungsi membelok adaptif.

Bampar hadapan dan belakang kedua-dua varian ini juga direka semula dengan salur masuk udara yang lebih besar, berserta dengan elemen lampu belakang LED berbentuk L.

Unik pada 530e ialah BMW Individual Shadow Line dengan kemasan berkilat, manakala 530i mendapat Individual Exterior Line Aluminium Satinated.

Pilihan kuasa

 

Kedua-dua model dikuasakan oleh enjin 2.0-liter TwinPower Turbo petrol 4-silinder.

530e menggunakan setup enjin ini yang digabungkan dengan motor elektrik berkuasa 109hp. Ini memberikan 530e M Sport output keseluruhan 292hp dan 420Nm tork. 0-100 disempurnakan dalam 5.9 saat sahaja, dan kelajuan maksima 235km/j.

Dengan status PHEV ini, BMW 530e mampu dipandu sehingga 67km dalam mod elektrik sahaja (EV). Terdapat juga mod BMW Xtra Boost yang mmeberikan tambahan kuasa 40hp untuk tempoh singkat.

Sementara itu jika anda lebih gemar sistem konvensional, BMW 530i tetap cukup berkuasa dengan 252hp dan 350Nm, membolehkannya memecut dari 0 ke 100km/j dalam 6.4 saat. Tetapi kelajuan maksimanya lebih tinggi iaitu 250km/j.

Kabin elegan dan sporti

Kedua-dua varian baharu ini mendapat stereng kulit M, tempat duduk M Sport, dan kemasan trim Aluminium Rhombicle, termasuk upholsteri Dakota Leather dan material bumbung dari BMW Individual.

Iluminasi dalam kenderaan ini dibekalkan oleh pencahayaan ambien, dan pemilik BMW 530i M Sport dapat menikmati kemudahan bumbung kaca elektrik.

Kedua-dua jentera ini turut dilengkapi dengan BMW Live Cockpit Professional. Ia menggunakan Sistem Operasi 7 yang terkini oleh BMW dengan skrin instrumen 12.3-inci.

Ciri lain adalah navigasi, BMW Intelligent Personal Assistant, dua port USB, sambungan 4G LTE, dan Remote Software Upgrade serta pengemaskinian peta tanpa sambungan wayar bagi sistem navigasi.

Eksklusif bagi BMW 530i M Sport adalah BMW Gesture Control, Head-Up Display, BMW Display Key dan sistem audio Harman Kardon.

Bantuan pemanduan pula adalah Lane Departure, Lane Change Warning, Front Collision Alert dengan bantuan brek, Rear Collision Prevention dan Crossing-traffic Warning.

Parking Assistant Plus membolehkan kemudahan parkir automatik, juga standard kepada kedua-dua kereta.

Kedua-dua varian ditawarkan dengan warna Alpine White atau Carbon Black, dipadankan dengan upholsteri Black Leather Dakota atau Cognac Leather Dakota; atau dalam warna Phytonic Blue, Sophisto Grey atau Bluestone dipadankan dengan upholsteri Black Leather Dakota.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here