Pengedar Harley-Davidson di AS beri motosikal percuma untuk setiap 50 unit terjual

1205

Pusat pengedar Harley-Davidson di Amerika Syarikat yang terletak di Barre, Vermont, Washington akan memberikan sebuah Harley-Davidson secara percuma untuk setiap 50 unit motosikal yang terjual.

harley-davidson amerika syarikat

Selain itu, motosikal percuma ini hanya akan diberikan kepada mereka yang memerlukan, yang menyertai program Freedom For All Project dari pusat pengedar tersebut.



Pusat pengedar tersebut iaitu Wilkins, biasanya berjaya menjual 300 unit motosikal pada setiap tahun. Jadi, secara keseluruhan, mereka akan memberikan enam motosikal percuma setiap tahun bagi merealisasikan program tersebut.

harley-davidson amerika syarikat

Menurut pengurus pelanggan, Mark Frano, program ini diadakan bagi membantu mereka yang ingin kebebasan menunggang motosikal tetapi tidak memilik wang yang cukup untuk membelinya.

Sudah ramai individu yang mendaftar untuk projek ini, yang terdiri daripada penduduk di Vermont, utara New York dan New Hampshire.

“Menunggang motosikal merupakan salah satu cara untuk melepaskan tekanan dan masalah yang dihadapi.

“Sebilangan besar individu mungkin dapat menggunakan kaedah ini tetapi tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan motosikal Harley-Davidson bernilai USD20,000 (RM83k),” kata Mark Frano.

Projek seperti ini sebenarnya telah menjadi tradisi pengedar Wilkins. Sejak pertama kali dibuka pada tahun 1947, pengasasnya, Harry Wilkins, telah memberikan sandwic percuma kepada pelanggan yang datang.

Tradisi seperti ini juga berlanjutan hingga sekarang. Ini bermakna, menolong orang lain bukanlah perkara baru bagi peniaga Wilkins.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Wilkins Harley-Davidson

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here