Pemain muda Barcelona, Ansu Fati terima kereta percuma, tapi belum ada lesen memandu

1439

Ansu Fati merupakan pemain muda berbakat yang dimiliki oleh gergasi bola sepak dari Sepanyol, Barcelona. Wonderkid yang berusia 18 tahun ini terus menunjukkan prestasi yang sangat baik.

ansu fati

Walaupun terpaksa bersaing untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama Barcelona, dia berjaya menjadi pemain termuda yang menjaringkan gol di Liga Juara-Juara Eropah.



Kerana prestasi itu, Ansu Fati berjaya menarik minat pengeluar kereta dari Sepanyol iaitu CUPRA. Fati kini telah dilantik sebagai duta untuk pengeluar tersebut yang sememangnya merupakan penaja rasmi bagi pasukan Barcelona. 

“Di CUPRA, kami mengikuti karier Ansu Fati, seorang pemuda yang berusaha sepenuh hati untuk mencapai impiannya. Dia juga memberi inspirasi kepada generasi baharu di Barcelona melalui keberanian dan cita-citanya,” kata presiden CUPRA, Wayne Griffiths.

“Fati ingin membuat perubahan dan membantu masyarakat berkembang, oleh itu dia akan menjadi sebahagian daripada kumpulan anak muda yang berbakat. Jadi CUPRA ingin menjadikan Ansu Fati sebagai pemacu transformasi di era elektrifikasi,” tambahnya.

Sebagai penaja rasmi, lebih-lebih lagi Ansu Fati adalah duta jenama, CUPRA juga memberikan kereta percuma kepada pemain muda Sepanyol itu. Fati juga menerima kereta itu secara langsung semasa lawatannya ke kilang CUPRA di Martorell, Catalonia.

Tetapi malangnya, dia masih belum mempunyai lesen memandu.

ansu fati

Sebenarnya usia pemain muda tersebut telah melepasi had minimum untuk memandu, namun dia mengalami kecederaan di lutut dan perlu menjalani pembedahan.

Itulah sebabnya dia tidak dapat mengikuti ujian untuk mendapatkan lesen memandu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here