Motosikal menyelit di laluan SmartTag jadi punca kereta langgar palang tol

2757

Laluan SmartTag dibuka bagi memudahkan dan menjimatkan masa setiap kali kenderaan melalui kawasan tol.

Akan tetapi, pasti ada saja pengguna jalan raya tidak bertanggungjawab yang menyebabkan ‘kesesakan’ pada laluan tersebut.

smarttag
gambar hiasan

Satu rakaman video dashcam tular di Twitter menunjukkan sebuah motosikal tiba-tiba mencelah di laluan SmartTag mengekori sebuah Toyota Estima.



Perbuatan tersebut menyebabkan kereta di belakangnya melanggar palang tol yang sedang tutup kerana sensor palang tol telah mengesan objek (motosikal) melepasi tol tersebut.

Video tersebut telah mendapat 112.6k tontonan, 1.5k likes dan 1.8k retweet dari warganet ketika artike ini ditulis.

Rata-rata ramai warganet tidak berpuas hati dengan tindakan penunggang motosikal tersebut dan berkongsi pengalaman yang pernah terjadi pada diri mereka sendiri.

Mereka juga meminta penunggang motosikal untuk menggunakan laluan yang telah disediakan khas untuk mereka kerana ianya percuma dan dapat mengelak dari kejadian yang tidak diingini berlaku.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here