Pembeli Cupra Formentor VZ5 beruntung sebab dapat enjin 5-silinder Audi

6

Cupra (bukan Supra), salah sebuah syarikat automotif di bawah naungan kumpulan Volkswagen memperkenalkan sebuah SUV edisi terhad yang cukup istimewa.

Ia bukan sahaja menampilkan rupa paras yang sporti, akan tetapi turut mempunyai nadi yang diidamkan oleh golongan petrolhead – enjin 5-silinder sebaris!

Cupra Formentor VZ5 ini hadir dengan enjin 2.5 liter TFSI dengan janaan kuasa 385 hp dan 480 Nm yang dipadankan dengan transmisi DCT tujuh-kelajuan.

Tidak seperti model Audi yang menggunakan sistem pacuan semua roda Quattro, VZ5 ini menggunakan sistem pacuan semua roda tersendiri lengkap dengan komponen pembeza belakang.

Ciri ekzos bertindih ala Lexus turut dikembalikan semula daripada model VZ5 terdahulu, diikuti dengan rim bersaiz 20 inci.

Namun berbeza dengan penawaran terdahulu yang terhad kepada model pemanduan sebelah kiri (LHD), Formentor VZ5 ini turut tersedia dengan konfigurasi pemanduan sebelah kanan (RHD).

Harga jualan tidak diketahui, namun sebagai rujukan, model Formentor VZ yang standard memiliki tanda harga sekitar €60,000 (RM293,394) di Sepanyol.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here