JPJ sita lima kenderaan dalam operasi ‘Touting’

1050

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang menyita lima buah kenderaan dalam operasi khas ‘Touting’ di Genting Highlands, pada Ahad. 

Operasi berkenaan dijalankan bagi membanteras aktiviti membawa penumpang berbayar oleh individu tidak sah serta memastikan pematuhan terhadap Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Berdasarkan perkongsian di akaun rasmi Facebook JPJ Negeri Pahang, tiga buah kenderaan disita di bawah Seksyen 23 APJ 1987 dan selebihnya di bawah Seksyen 205 APAD 2010.

“Operasi dilaksanakan melalui kaedah penyamaran, pemerhatian serta pemeriksaan ke atas pemandu dan kenderaan di sekitar kawasan tumpuan awam.

“JPJ Pahang komited melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta menjaga integriti sistem pengangkutan negara,” menurut kenyataan.

Pihak JPJ meminta orang awam boleh menyalurkan maklumat melalui e-mel aduantrafik@jpj.gov.my atau aplikasi MyJPJ (e-Aduan@JPJ) dengan menyertakan butiran pengadu dan aduan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here