
Berita baik! Jentera sport-touring Yamaha Tracer 7 dan Tracer 7 GT (2026) bakal ditawarkan dengan kotak gear AMT (Automated Manual Transmission).
Dengan adanya sistem Y-AMT, penunggang boleh memilih untuk operasi penukaran gear automatik, atau menukar sendiri dengan menggunakan suis yang disediakan pada bahagian kiri bar hendal.
Menurut Yamaha, dengan bantuan ciri elektronik Yamaha Ride Control (YRC), sistem Y-AMT mampu menawarkan pengalaman tunggangan yang lebih dinamik dan mengujakan tanpa mengorbankan aspek keselesaan dan praktikaliti.
Buat masa ini, Y-AMT hanya tersedia untuk beberapa model sahaja termasuklah MT-07, MT-09, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+.
Yamaha Tracer 7 AMT (2026) boleh didapati dengan pilihan warna Redline dan Midnight Black, sementara Tracer 7 GT AMT (2026) pula hadir dengan warna Icon Performance dan Tech Black.
Mengikut spesifikasi, Tracer 7 dikuasakan oleh enjin 2-silinder 689 cc menghasilkan 73.4 PS dan 67 Nm.