BUDI95 : Penggunaan siling e-hailing dinaikkan 600 liter sebulan

754

Kelayakan sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUD195) kini diperluaskan kepada pengguna bot berdaftar di Sarawak, manakala siling penggunaan bagi pemandu e-hailing sepenuh masa dinaikkan kepada 600 liter sebulan.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu merupakan sebahagian daripada penambahbaikan berperingkat bagi memastikan manfaat BUDI95 dapat dinikmati secara menyelurun oleh rakyat.

Bagi kategori pemandu e-hailing sepenuh masa, Mof telah menyemak silang data bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat melibatkan lebih 53,900 individu yang akan menerima kenaikan siling kelayakan kepada 600 liter sebulan.

“Selain itu, lebih 11,400 pemegang lesen memandu baharu dan diperbaharui kini layak menerima manfaat BUD195, menjadikan keseluruhan lebih 16 juta rakyat Malaysia menikmati subsidi bersasar tersebut.

“Manakala perluasan ke Sarawak melibatkan lebih 1,400 pengguna bot persendirian berdaftar, berdasarkan data Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan agensi kerajaan negeri berkaitan,” menurut kenyataan. 

Jelasnya lagi, Mof bersama agensi berkaitan akan terus memantau pelaksanaan dan melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

ARTIKEL LAIN

Majikan tidak boleh arah pekerja guna petrol BUDI95 bagi kenderaan syarikat

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here