Polis sita Ford Mustang cukai jalan tamat tempoh

8
Jabatan Pengangkutan Jalan Perak menyita sebuah Ford Mustang selepas didapati cukai jalan tamat tempoh dalam Operasi Khas Kenderaan Mewah sekitar Ipoh, pada Isnin.
 
Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan turut mendapati kereta sukan tiada perlindungan insurans dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
 
“Pemilik kenderaan berkenaan mengaku melakukan kesalahan dan anggota penguatkuasa telah mengeluarkan tiga saman P22 atas kesalahan-kesalahan tersebut.
 
“Kenderaan tersebut kemudiannya disita dan dibawa ke Depoh Sita JPJ Perak untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan.
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here