Audi RS 3 Sedan: Kereta kompak terpantas di Nurburgring dijual di Malaysia bermula RM646K

346

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) memperkenalkan Audi RS 3 Sedan serba baharu, berharga dari RM646,990 hingga RM655,990 termasuk duti dan cukai jualan.

Di Langkawi dan Labuan pula, ia dijual pada harga RM315,343.73 tanpa Pakej Jaminan Audi dan RM324,343.73 dengan Pakej Jaminan Audi.

Ia adalah kereta kompak terpantas di Nurburgring pada 2021. RS 3 Sedan mendominasi trek berkenaan dalam masa hanya 7.40.748 minit, sekali gus menjadikannya model kompak terpantas di dunia.



Hanya 3.8 saat untuk pecutan 0-100km/j

Bagi menjadi jentera kompak terpantas di Nurburgring. RS 3 Sedan menggunakan enjin turbo lima silinder 2.5 liter untuk menghasilkan 400 PS dan 500 Nm tork untuk menghasilkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat sahaja. 

Perlu diingat bahawa enjin 2.5 TFSI juga sudah memenangi “Enjin Antarabangsa Tahun Ini” dalam sembilan kali berturut-turut.

Kuasa itu disalurkan ke transmisi S tronic 7-kelajuan yang menggabungkan ciri sporty dan efisen.

Jentera ini juga adalah Audi pertama yang pernah menggunakan pembahagi tork RS. Ia mengagihkan tork secara berbeza antara roda belakang untuk memberikan dinamik dan kestabilan sisi terbaik.

Sistem pacuan semua roda memastikan cengkaman dan pengendalian yang optimum dalam sebarang keadaan pemanduan. Ia mengagihkan kuasa antara gandar hadapan dan belakang untuk memberikan cengkaman yang terbaik di jalan raya. 

Ia dilengkapi sistem suspensi adaptif untuk menawarkan perjalanan yang lancar, dengan keupayaan pengendalian dan selekoh yang lebih baik.

Elemen Reka Bentuk RS

Audi RS 3 Sedan adalah gabungan kemewahan dan prestasi, menggabungkan bahagian luar yang berani dan badan lebar. 

Sayap hadapan yang luas dan menonjol dengan jelas dan lubang udara yang agresif memberikan kesan yang hebat, diserlahkan dengan tandatangan RS hitam logo Audi dan gril sarang lebah. 

Lampu depan LED Matriks Gelap menawarkan tandatangan lampu siang digital.

Bahagian dalaman dibalut dengan kemasan hitam, merah atau hijau dan menampilkan tempat duduk kulit Nappa. Ia dilengkapi jahitan sarang lebah RS dan stereng eksklusif RS.

Ruang kokpit memaparkan maklumat penting tentang prestasi kereta, manakala Audi Drive Select menawarkan mod pemanduan khusus untuk disesuaikan dengan pilihan pemilik dan keadaan jalan.

Enam Pilhan Warna

Enam pilihan warna tersedia membabitkan Kyalami Green, Kemora Grey, Glacier White, Mythos Black, Python Yellow dan Daytona Grey.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here