Dron jadi inisiatif polis Terengganu untuk pantau suhu badan

1549

Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, dron menjadi inisiatif pihak polis Terengganu untuk mengesan sesiapa yang mempunyai bacaan suhu melebihi 37.5 darjah Celsius di tempat awam.

gambar hiasan

Dron tersebut yang dilengkapi teknologi pengimbas mampu mengesan suhu badan dalam kelompok manusia pada jarak 20 meter dari udara, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa.

“Kita sudah menetapkan suhu 37.5 darjah Celsius pada dron itu dan sesiapa yang melebihi suhu itu, lampu merah akan bernyala dan anggota penguat kuasa akan ke lapangan untuk mengesan individu yang bergejala itu.



dron polis terengganu

“Kita ada 157 pasukan pemantau di seluruh Terengganu, tetapi kita tidak dapat memantau sepenuhnya setiap premis atau lokasi yang menjadi tumpuan memandangkan mereka ini bergerak.

“Jadi, penggunaan dron ini sedikit sebanyak membantu kita melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” tambahnya.

dron polis terengganu

Sebelum ini, penggunaan dron yang turut dilengkapi pembesar suara itu pernah digunakan ketika PKP 1.0, namun hanya untuk membuat pengumuman kepada orang ramai, lanjut Rohaimi.

Katanya, penggunaan alat itu kali ini lebih kepada tindakan penguatkuasaan untuk mengenal pasti pelanggaran SOP dalam kalangan masyarakat.

“Dron ini diletakkan di tempat tumpuan termasuk tempat yang mempunyai kebenaran berurusan, namun jika ada isu pelanggaran SOP, kita akan letak ia di sana untuk membantu memantau,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here