Land Cruiser 300 terlibat kemalangan selepas seminggu beli

2011

Kemalangan yang melibatkan dua model Toyota ini kelihatan ‘biasa’ saja sama seperti insiden yang lain. 

Namun, buat pemilik Toyota Land Cruiser 300 ini insiden itu agak menyakitkan kerana baru seminggu keluar dari bilik pameran keretanya sudah terlibat dalam kemalangan. 



Kejadian itu dikongsi menerusi akaun Instagram @c300.qa. Difahamkan Land Cruiser putih itu bertembung dengan sebuah Toyota Camry berwarna kelabu.

SUV tersebut mengalami kerosakan serius pada bahagian bampar depan dan bahagian sisi. Sementara sedan berkenaan dilanggar di sebelah kanan sehingga ke depan. Boleh dilihat juga kedua-dua beg udara depan yang terbuka menunjukkan berlakunya hentaman kuat. 

Imej kedua menjadi petunjuk bahawa kemalangan tersebut berlaku dari depan-ke-sisi antara kereta. 

Difahamkan pertembungan yang berlaku menyebabkan Camry tersebut berpusing 180 darjah dan merosakkan suspensi kanan depan apabila melihat kepada kedudukan kemalangan dan saiz badan Land Cruiser yang besar. 

Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai kemalangan tersebut tidak diketahui dan pihak yang bersalah. Namun difahamkan kedua-dua pemandu kereta tersebut tidak mengalami kecederaan. 

Selain menggantikan komponen badan yang rosak, Land Cruiser berkenaan perlu menjalani baik pulih pada bahagian enjin dan gandar depan sebelum boleh digunakan kembali. 

Mungkin agak menyedihkan kerana pemilik tersebut tidak memiliki banyak masa untuk menikmati kereta baharunya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lc300.qa (@lc300.qa)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here