Dah boleh perbaharui cukai jalan dan lesen di Pos Malaysia namun perlu buat temu janji

1306

Cawangan pejabat Pos Malaysia akan memulakan urus niaga dan urusan pembaharuan cukai jalan serta lesen memandu bermula 9 Ogos ini (Isnin). 

Namun pelanggan perlu membuat temu janji secara dalam talian bagi mengelakkan kesesakan di Pos Malaysia.



Temu janji boleh dibuat di laman web Pos Malaysia menerusi Outlet Finder atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia dengan membuat pilihan negeri, cawangan pejabat pos dan klik pada pautan yang tersedia.

Bagaimanapun setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot janji temu sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga urus niaga pada setiap janji temu.

“Pelanggan diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard seperti memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal satu meter ketika mengunjungi premis kami dan elakkan daripada mengunjungi pejabat pos sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala COVID-19,” katanya.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here