Sila perbaharui cukai jalan dan lesen memandu sebelum tempoh moratorium tamat 30 September!

6557

Selepas 30 September depan tempoh moratorium pembaharuan kenderaan motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM) dan lesen vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung.

Orang ramai dinasihatkan supaya memperbaharui lesen masing-masing yang sudah tamat tempoh sebelum moratorium tersebut tamat.



Pastikan juga kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa.

Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memastikan bekalan dan stok dokumen keselamatan LKM dan LMM adalah mencukupi bagi tujuan urus niaga pembaharuan.

Pihak JPJ menyarankan orang ramai melakukan urusniaga secara dalam talian iaitu melalui portal mySIKAP awam ataupun rakan strategik JPJ iaitu MyEG.

Bagaimanapun jika sebarang urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian, boleh dibuat di kaunter JPJ secara janji temu.

Sementara itu, lebih 650 cawangan pejabat Pos Malaysia dijangka akan memulakan urus niaga bermula 9 Ogos ini.

Menurut kenyataan, JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan aktiviti pemantauan pematuhan bermula 1 Oktober depan.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here