Lagi Nissan Skyline GT-R R34 untuk dijual, kali ini versi V-Spec Midnight Purple II !

3825

Beberapa minggu lalu, sebuah Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec (1999) berwarna Midnight Purple II dijual pada harga USD 315,187 (RM1.3 juta) di Bring A Trailer.

Terkini di pusat lelongan yang sama ada seunit lagi R34 untuk dijual dan berkemungkinan harga jualannya juga bakal tinggi.



Ini kerana R34 berkenaan memiliki jarak perjalanan lebih rendah iaitu 25,000km berbanding unit yang sudah terjual dengan perbatuan 64,000km.

Difahamkan, Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec berwarna Midnight Purple II itu diimport dari Jepun ke Kanada pada 2015.

Pembeli akan menerima buku panduan, dokumen lelongan dari Jepun, dokumen import, pengecualian pameran dan laporan dari CarVX.

Jentera itu dilengkapi dengan rim asli bersaiz 18-inci bersama balutan  tayar Toyo Proxes T1R sport tahun 2011 dan kaliper brek Brembo.

Ada beberapa modifikasi dilakukan seperti pemasangan stereo Kenwood M707 dan skrin sentuh Kenwood VZ907 bersama paparan navigasi.

Memandangkan jarak perbatuan yang rendah tidak hairan bahagian kabin masih dalam keadaan sangat baik termasuklah tempat duduk sport upholsteri kelabu dengan kemasan sued.

Hud depan tersimpannya enjin RB26 2.6 liter pengecas turbo berkembar enam silinder sebaris yang mampu menghasilkan kuasa 276hp dan tork maksimum 352Nm.

Ketika artikel ini ditulis, harga bidaan R34 Skyline GT-R V-Spec tersebut mencecah USD 235,567 (RM987,025) dan tempoh bidaan hanya berbaki dua hari sahaja lagi.

Untuk makluman, Nissan hanya mengeluarkan 4,194 unit R34 Skyline GT-R versi V-Spec, yang mana 282 unit daripadanya ditawarkan dengan pilihan warna Midnight Purple II.

BACA>>Setelah 64 tahun, Nissan tamatkan pengeluaran Skyline

BACA>>Ini 9 undang-undang jalan raya paling pelik dari seluruh dunia

GALERI
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here