Balas dendam kena tinggal, wanita ini sewa kereta bekas teman lelaki langgar 49 lampu merah

1886

Polis di Shaoxing, Wilayah Zhejiang, China Timur menahan seorang lelaki dan  wanita apabila melanggar peraturan jalan raya sebanyak 50 kali dalam masa dua hari. 

gambar hiasan

Cerita di sebalik kejadian agak menarik apabila polis mendapati penyewa bernama Chen mengakui dia hanya menyewa kereta Audi itu bagi pihak rakannya Zhu iaitu lelaki yang memandu kereta berkenaan. 

Zhu menjelaskan dia bertindak sedemikian kerana sudah lama meminati seorang wanita yang dikenali sebagai Lou. Lou hanya bersetuju untuk keluar bersamanya jika dia membantu membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya Qian (pemilik kereta sewa). 



49 lampu merah

Mereka melakukan kesalahan melanggar lampu merah sebanyak 49 kali dan satu memandu melebihi had laju dibenarkan. 

Lou dan pemilik kereta, Qian pernah menjalin hubungan cinta sebelum ini tetapi ditinggalkan kerana wanita lain. Tindakan Qian menyebabkan Lou kecewa dan marah. 

BACA>>Lelaki ini nekad pecut kereta rempuh kumpulan pejalan kaki, lima maut

BACA>>#Tips Tukar sport rim: Wajib original atau replika pun takpe?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here