Pusat jualan, servis Perodua kembali beroperasi, sila buat janji temu dahulu

1241

Perodua kini sudah membuka semula operasi pusat jualan, servis dan alat ganti serta baik pulih kenderaan dan semburan cat seluruh negara.

Secara keseluruhan Perodua memiliki 191 pusat jualan, 197 pusat servis dan 69 premis yang menjalankan kerja membaik pulih badan kenderaan dam mengecat di Malaysia.



Pembukaan semula operasi itu susulan kilang pemasangan kenderaan di Sungai Choh Rawang, Selangor kembali beroperasi, baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata penghantaran kereta bermula secara berperingkat minggu ini dan lebih banyak kereta yang dikeluarkan dan didaftarkan minggu akan datang.

Zainal Abidin Ahmad

“Kami berterima kasih kepada pelanggan kerana sabar dan faham dengan situasi penghantaran kereta mereka.

“Kami berharap dapat menghantar sebanyak mungkin pesanan yang ada dalam tahun ini,” katanya.

Walaupun Perodua memenuhi kriteria yang diperlukan untuk vaksinasi kakitangan, pengeluar kenderaan nasional itu menggariskan panduan keselamatan buat pelanggan ketika mengunjungi pusat jualan dan selepas jualan.

Pusat B&P - Kota Bharu

Keperluan-keperluan keselamatan itu termasuklah mendapat vaksin sepenuhnya, memakai topeng muka, membuat janji temu sebelum mengunjungi pusat pameran atau servis dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal.

Secara keseluruhan, Perodua memiliki kira-kira 11,000 tenaga kerja di bawah syarikat tersebut. Sekiranya digabungkan dengan para pembekal, pengedar dan kontraktor Perodua mempunyai lebih 70,000 tenaga kerja.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here