[Video] Lancer gagal potong Bezza bertembung lori, empat orang cedera

4007

Cubaan sebuah Mitsubishi Lancer memotong kenderaan di depan hingga memasuki laluan bertentangan membawa padah apabila bertembung dengan sebuah lori di Jalan Ulu Yam, Batu 23.

Kejadian tersebut tular menerusi sebuah video yang dimuatnaik akaun Facebook Asal Gombak yang menunjukkan beberapa buah kenderaan dipandu laju di laluan berselekoh. 



Video berdurasi 44 saat itu menunjukkan tiba-tiba keluar kepulan asap dan Lancer berkenaan terbabas ke tepi jalan selepas hentaman.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 8.06 pagi dari arah Batu Caves ke arah Ulu Yam itu dikatakan berlaku apabila pemandu Lancer berkenaan cuba memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shariat berkata  kemalangan itu turut melibatkan sebuah kereta Volkswagen.

“Akibat itu,  pemandu serta dua penumpang Perodua Bezza warga Vietnam berusia 24 hingga 30 tahun mengalami kecederaan.

“Pemandu Perodua Bezza patah pada bahu dan kaki manakala salah seorang daripada penumpangnya mengalami patah pada leher,” katanya.

Menurut Azman, ketiga-tiga mereka kini sedang mendapatkan rawatan di Zon Kuning Hospital Selayang.

Sementara, pemandu Mitsubishi Lancer dan Volkswagen yang masing-masing berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu lori berusia 51 tahun pula luka di bahagian kaki.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here